Diharap Persekutuan beri kuasa autonomi pendidikan Sarawak

0
3
Datuk Roland Sagah Wee Inn

KUCHING: Walaupun pendidikan terletak bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat memberi kuasa autonomi kepada Sarawak berkaitan isu pendidikan ini.

“Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan pembiayaan yang diperlukan,” kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn semasa mengutarakan isu tersebut dalam ucapan penggulungan bajet negeri 2023 di DUN Sarawak hari ini.