Bincang isu MA63 bersama Anwar

0
3
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUCHING: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menjelaskan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara perkara yang dibangkitkan pada pertemuan bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung sekitar 45 minit di Bangunan Perdana Putra.

Beliau berkata MA63 perlu dilihat secara lebih serius oleh kerajaan dan berharap segala perkara tertunggak dalam perjanjian itu dapat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Selain itu, ditanya sama ada bincang soal jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta Menteri Kabinet, beliau berkata tiada perbincangan terperinci dilakukan.

“Kita beri pandangan bagaimana pentingnya perjalanan pentadbiran dapat diuruskan dengan baik kerana harapan rakyat begitu tinggi terhadap pemerintahan yang ada pada hari ini.

Kita harap ia akan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya. Pada 23 Oktober lepas, Anwar dalam Jelajah Pakatan Harapan (PH) Sabah dilapor berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya dua jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dua jawatan TPM membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).