Anwar: Elak kebocoran, semua projek harus ada tender

0
2

PUTRAJAYA: “Saya ingin menyeru, mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad menyelamatkan negara kita,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perjumpaan bersama warga JPM pagi ini.

Anwar menegaskan kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah berleluasa.

Ini termasuklah peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender, semuanya tidak diperboleh.

Anwar berkata, beliau tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu, sebaliknya mahu menumpukan kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

Menurut beliau, walaupun hidup rakyat tidak separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan sukar kini,negara perlu mempersiapkan diri menghadapi masa depan