KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,465 kes Covid-19 di negara ini semalam, termasuk 75 kes di Sarawak.
Jumlah kes aktif ialah 27,638, tidak banyak berubah berbanding 14 hari lalu.
Lima lagi kematian direkodkan akibat Covid-19.
Sebanyak 36,657 kematian direkodkan sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.