Untung Petronas Chemicals susut

0
2

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 susut kepada RM1.90 bilion daripada RM1.96 bilion pada suku yang sama tahun lepas disebabkan margin yang lebih rendah dan sumbangan yang berkurangan daripada usaha sama dan sekutu.

Bagaimanapun, hasilnya meningkat 22 peratus kepada RM7.03 bilion daripada RM5.77 bilion sebelumnya berikutan purata harga produk yang lebih tinggi di tengahtengah dolar AS yang lebih kukuh, ditambah dengan peningkatan jumlah pengeluaran dan jualan.

Pada asas sembilan bulan terkumpul, hasil melonjak 26 peratus kepada RM20.25 bilion manakala keuntungan bersih berkembang 11 peratus kepada RM5.84 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata harga produk kekal tinggi pada suku ketiga, disokong oleh harga minyak mentah dan tenaga yang tinggi, walaupun lebih rendah berbanding suku kedua.

Beliau berkata jumlah pengeluaran dan jualan bertambah baik pada suku tersebut dengan kadar penggunaan loji meningkat kepada 97 peratus daripada 72 peratus pada suku kedua.

Kira-kira 70 peratus pengeluaran PCG dieksport dalam rantau Asia Pasifik, dengan Asia Tenggara membentuk kira-kira 40 peratus daripadanya.

“Walaupun dolar AS yang lebih kukuh meningkatkan hasil kami, kami menghadapi tekanan daripada margin akibat kos operasi yang lebih tinggi.

“Kami melihat permintaan yang semakin berkurangan, terutamanya untuk produk polimer, kerana kos tenaga yang tinggi berterusan di tengah-tengah sekatan Covid-19 yang berlanjutan di seluruh China,”