Suami curang tembak kepala isteri, live di FB

0
4
Foto credit: The Thaiger

BANGKOK: Suami yang ditemui curang menembak mati isterinya selepas mangsa menemuinya di atas katil bersama-sama tiga wanita di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, lapor The Thaiger.

Selepas melihat kecurangan suaminya, dia menyiarnya secara langsung di Facebook dan turut memarahinya, menyebabkan suspek sangat marah sehingga bertindak menembak kepalnyaa.

Kejadian itu turut dirakam dengan jelas oleh CCTV.

Foto credit: The Thaiger

Balai Polis Mueang menerima laporan insiden itu dan menemui mayat mangsa yang dikenali sebagai Jaranya “Fah” Yothakun, 27, terbaring di hadapan sebuah rumah sewa.

Dia ditembak sekali di telinga kiri dan peluru itu mengenai bahagian tengkoraknya.

Rakaman CCTV menunjukkan pasangan suami isteri itu bertengkar di luar rumah selama beberapa minit.

Suami Fah, Anon “Mack” Suthikan, 30, marah dan melepaskan tembakan ke udara.

Dia kemudiannya menampar kepala isterinya dengan pistol sebelum menembaknya di kepala.

Suspek melarikan diri bersama-sama tiga wanita dan beberapa rakannya yang lain meninggalkan isterinya mati di jalanan.

Polis turut menemui dua kelongsong peluru di tempat kejadian dan mengambil video dari akaun Facebook si mati sebagai bukti.

Mereka juga berjaya menjejaki Mack dan menangkapnya atas tuduhan membunuh.

Suspek dikenali sebagai “Mack Tung Jin” oleh penduduk tempatan dan dipercayai terlibat dalam geng dadah besar, lapor The Thaiger lagi.