MYAirline lancar penerbangan

0
3
MYAIRLINE SDN BHD bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan, bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang bermula serendah RM48.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan, bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang bermula serendah RM48.

Dalam kenyataan, katanya penerbangan terus itu akan bermula pada 1 Disember 2022 dengan penerbangan ke Kota Kinabalu dan Langkawi sebanyak dua kali seminggu.

“Mulai 2 Dis dan seterusnya, MYAirline akan terbang ke Kuching dua kali seminggu manakala penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada tiga kali seminggu mulai 23 Disember,” katanya.

Penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus A320- 200 yang dilengkapi 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.

“Tambang termasuk semua bermula serendah RM48 dari Kuala Lumpur ke Langkawi manakala tambang ke Kuching dan Kota Kinabalu masing masing bermula Tambang termasuk semua bermula serendah RM48 dari Kuala Lumpur ke Langkawi manakala tambang ke Kuching dan Kota Kinabalu masing-masing bermula serendah RM68 dan RM88.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web MYAirline di www. myairline.my mulai 26-30 Nov 2022 untuk tempoh perjalanan bermula 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023.

Sebagai sebahagian daripada promosi ini, syarikat penerbangan tersebut turut menawarkan baucar eksklusif MYAirline untuk penerbangan mulai 1 hingga 15 Disember 2022.

Pada masa depan, MYAirline berkata ia bercadang melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu serta destinasi utama lain di Malaysia selepas menerima kelulusan daripada pengawal selia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo berkata kekerapan penerbangan akan ditingkatkan apabila rangkaian domestik syarikat penerbangan itu berkembang.

Beliau berkata pihaknya turut bercadang untuk memulakan penerbangan di rantau Asean selewat-lewatnya pada suku kedua 2023. – Bernama