Kucing muntah selepas hidu bayi

0
5
Foto fail

Klip video menunjukkan aksi kucing selepas mencium bayi menyebabkan netizen geli hati dan juga berasa bimbang dengannya.

Pengguna Twitter, Rossi (@RossiSongo) berkongsi video terbabit yang dirakam oleh sebuah keluarga di TikTok mereka.

Video itu menunjukkan kucing menghidu bayi yang sedang tidur nyenyak di dalam kereta sorong.

Kucing itu kemudiannya turun dan berjalan senyap ke bilik lain.

Setibanya di bilik tidur, ia tidak dapat tertahan lalu muntah.

Sepanjang masa telatahnya yang agak ganjil itu dirakam pemiliknya.

https://twitter.com/i/status/1592381556295106560