DUBS dapat RM100,000 untuk beli kelengkapan jentera

0
2
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM100,000 kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching untuk membeli kelengkapan jentera khususnya dalam sektor pembinaan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kelengkapan itu bagi memudahkan kerja pembinaan supaya lebih efisien dan berdaya saing.

“Saya memperuntukkan RM100,000 kepada DUBS untuk mereka membeli jentera, kerana sebelum ini kita sudah beri jentera kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak, kalau mereka berjaya saya yakin DUBS juga boleh berjaya,” katanya.

“Dengan adanya jentera tersebut, ia akan menyediakan kemudahan khususnya kepada ahli DUBS  untuk melaksanakan sesuatu projek” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching di sini, malam tadi seperti dilapor TVS.

Menjelas lanjut, katanya, DUBS boleh menyewa jentera tersebut kepada ahli-ahlinya yang mendapat projek.