Beri ruang Perdana Menteri guna kebijaksanaan pilih Kabinet

0
8
Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING: Beri peluang dan ruang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan barisan Kabinet Persekutuan pilihannya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia merupakan prerogatif Perdana Menteri dalam membuat pilihan yang sewajarnya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pelantikan ahli parlimen wanita dari Sarawak juga harus diserahkan kepada keputusan Perdana Menteri.

Apa yang penting, pemilihan dibuat mengikut kebijaksanaan dalam usaha membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

“Ia merupakan prerogatif Perdana Menteri untuk melantik menteri di bawah seliaannya kelak.

“Kita doakan agar beliau (Anwar) diberikan kebijaksanaan untuk menjalankan tugas yang sangat sukar ini.

“Biar beliau memilih (barisan Kabinet Persekutuan), apa yang penting kita doakan kabinet yang dibentuk selepas ini adalah yang terbaik agar dapat membantu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi,” katanya.