Anwar minta kementerian berjimat cermat, guna duit bantu rakyat

0
3
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan agar tiada pembelian barang atau perabot baharu untuk pejabat Perdana Menteri sebagai “amaran” kepada kementerian lain supaya berjimat cermat dan mengelak menggunakan wang kerajaan bagi kepentingan masing-masing.

Bagi Anwar, budaya baharu itu tindakan permulaan beliau menjimatkan wang kerajaan.

“Fikirkan yang boleh jimat RM100, RM1,000, RM 10,000 boleh dipulangkan kepada rakyat susah, tapi jangan membazir,” kata Anwar kepad pemberita selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin di Sungai Long, Kajang.

Usaha awal itu bagi melaksanakan manifesto pertamanya dan agenda paling utama sebagai ketua kerajaan dipimpinnya, iaitu mengurang kos sara hidup rakyat. – Getaran 27 November 2022

Selain berjanji tidak mengambil gaji bulanan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata beliau, sedia menggunakan kenderaan sedia ada bagi kegunaan harian.