Anwar guna kenderaan sedia ada, tolak tukar perabot, karpet baharu

0
2
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menggunakan kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian selain menolak menggunakan Mercedes S600.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berharap dengan langkah tersebut tiada perbelanjaan baharu dibuat untuk beliau.

Dalam kenyataan lain, Anwar juga berkata, beliau menolak membeli barang atau perabot baharu untuk pejabat Perdana Menteri, sebagai pesanan dan perabot baharu di pejabat Perdana Menteri, termasuk menukar karpet baharu.

Bahkan, menurut Anwar, perabot dan karpet tersebut boleh sahaja dibaiki jika perlu.

Sebelum ini, Anwar, 75, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Agong di Istana Negara pada Khamis, turut beriltizam tidak mengambil gaji bulanan sebagai Perdana Menteri.