2,022 kes Covid-19, termasuk 87 di Sarawak

0
3
Foto fail

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,022 kes baharu Covid-19 semalam, termasuk 87 kes di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,986,294 setakat ini.

Jumlah kes aktif ialah 27,207, turun 5.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Empat lagi kes kematian Covid-19 direkodkan semalam.

Sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020, 36,652 kematian direkodkan.