
SARIKEI: Memiliki panorama alam semula jadi yang memukau dan belum diterokai sepenuhnya.
Itulah keunikan Tanjung Lusam, Kuala Selalang yang berpotensi besar dimajukan sebagai salah satu lagi kawasan tarikan pelancong yang baharu di bahagian ini.

Residen Sarikei, Felicia Tan Ya Hua berkata, kawasan itu mempunyai jajaran pantai bersih dan menarik yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat rekreasi.
“Kita berpeluang meninjau lokasi ini baru-baru ini dan saya terkejut selepas menyaksikan sendiri keindahannya yang begitu cantik dan masih belum diterokai sepenuhnya.

” Kawasan ini mempunyai potensi amat besar apatah lagi jika ada sektor atau pihak tertentu yang mahu membuat pelaburan memajukannya,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Nanas dan Buah-buahan 2022 Sarikei, pada Sabtu.