Senarai kabinet palsu tular

0
4
FOTO:FB

KUALA LUMPUR:  Barisan Nasional (BN) menafikan satu kenyataan palsu yang tular  di media sosial.

Kenyataan itu menyatakan kononnya gabungan itu menamakan Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri  Mohamad Hasan serta berapa lagi Ahli Parlimen sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu juga didakwa mencadangkan Mohamad sebagai menteri dalam negeri.

Selain itu, kenyataan itu turut didakwa menyenaraikan beberapa Ahli Parlimen untuk dilantik dalam Kabinet.

Sejak semalam tular melalui media sosial “senarai kabinet” dikongsikan oleh pelbagai pihak.