Semak semula syarat miliki rumah

0
2
AZIZUL Annuar Adenan memberi penerangan kepada kenalannya dari Adelaide, Australia semasa melawat galeri di Kompleks Dun semalam.

KUCHING: Adun Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menggesa Kementerian Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam serta Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) untuk menyemak semula syarat pemilikan kediaman di bawah Skim Spektra Permata di kawasan Dun Tanjong Datu.

Beliau berkata, projek bernilai RM10.8 juta yang dilancarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 15 Februari 2017 di Lundu dan Sematan siap pada Oktober 2020 lalu, membabitkan pembinaan 26 unit rumah di Lundu dan 25 unit rumah di Sematan.

Bagaimanapun menurutnya, hanya beberapa keluarga yang menduduki rumah tersebut iaitu masing-masing dua unit di Lundu dan seunit di Sematan. “Adalah lebih baik jika syarat pemilikan boleh disemak semula.

“Saya juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim sama dengan pembangunan projek Rumah Mesra Rakyat. “Ini merupakan antara usaha untuk menyediakan lebih banyak rumah kepada masymasyarakatarakat,” katanya ketika membahas Belanjawan Negeri 2023 pada Persidangan Dun, semalam.

Mengenai isu sekolah usang di Lundu, Azizul berkata, terdapat permohonan untuk membaiki dan menaik taraf sekolah usang di kawasan Dun tersebut.

“Namun setakat ini, tiada maklum balas atau tindakan diambil untuk permohonan ini.

“Antara sekolah yang memerlukan perhatian segera melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lebai Mentali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu,” ujarnya.