Pasukan petugas keselamatan membantu mangsa dalam kemalangan di Munggu Tapang, petang Sabtu.

0
2

SRI AMAN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut kereta Produa Alza yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan kendiri di Munggu Tapang Bukit Bangunan, di sini, petang Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata, tiga lagi mangsa dipercayai anggota keluarga mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu.

Katanya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang.

“Sebaik tiba, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan tersebut mengalami cedera ringan manakala seorang anak mangsa yang berumur sembilan tahun tidak sedarkan diri dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, ibu mangsa dan seorang lagi anak mangsa yang berumur enam tahun yang selamat dikejarkan ke klinik Pantu untuk rawatan susulan.

“Pasukan Bomba hanya memantau dan mendapatkan maklumat di lokasi kejadian.Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai.Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.32 petang,” katanya.