Mendapat TPM yang punya kuasa wibawa – Fatimah

0
6
Datuk Seri Fatimah Abdullah FOTO:FB

DALAT: Sekiranya Ahli Parlimen Sarawak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan tersebut seharusnya tidak sekadar jawatan, sebaliknya ia perlu mempunyai kuasa dalam pentadbiran negara.

Ketua Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah menyebut semula kenyataan yang pernah dinyatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
berhubung jawatan berkenaan yang seharusnya mempunyai kuasa wibawa.

Bercakap kepada pemberita pada Program Penyerahan Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir Dalat Adun Dalat itu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berharap pelantikan Anwar memberi harapan buat Malaysia yang lebih baik serta dapat membaiki ekonomi negara.