Langkah drastik Anwar, pengerusikan mesyuarat tindakan sara hidup, tangani beban rakyat

0
4
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Meskipun Ahad hari cuti, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertugas dengan mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 bermula 11 pagi tadi.

Mesyuarat bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan diadakan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang dilihat menekan rakyat.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata bahawa mesyuarat kos sara hidup itu perlu diadakan segera kerana wujud keperluan mendesak berkaitan isu berkenaan.

Mesyuarat membincangkan beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang bagi mengatasi masalah berkaitan kos sara hidup.

Anwar memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri
Jumaat lepas.