Jalan kota Beijing lengang, Covid-19 kembali melonjak

0
2

BEIJING: Jalan-jalan di kota Beijing kosong pada Jumaat ketika kes positif Covid-19 kembali melonjak di China.

Terdapat lebih 32,000 kes baharu jangkitan Covid-19 tempatan dilaporkan berlaku pada Khamis lepas, memaksa China mengenakan perintah lockdown di ibu kota China khususnya di kawasan permukimam di Beijing, serta menutup kedai dan perniagaan.

Sebahagian warga kecewa dengan perintah penutupan itu kerana ramai tidak dapat mencari nafkah.

Lebih 20,000 pekerja kilang iPhone terbesar dunia di Zhengzhou, dilaporkan keluar premis setelah berlaku rusuhan berkaitan Covid-19.