KUALA LUMPUR: “Gabungan Parti Sarawak atau GPS menjadi di antara tunggak yang membentuk kerajaan perpaduan yang dikemudi saya,” tulis Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Facebook beliau pada Sabtu.
Anwar turut memuat naik foto semasa beliau menerima kunjungan delegasi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di rumah beliau pada pagi Sabtu itu.
Menulis lanjut di Facebook beliau, Anwar berkata beliau mengharapkan hubungan lebih akrab Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.
“InshaAllah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak pasti lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” tulis beliau.