MONGOLIA: Aksi pelik puluhan kambing biri-biri berpusing bulatan cetuskan tanda tanya
Ratusan ekor kambing biri-biri dirakam berjalan-jalan dalam bulatan selama 12 hari berturut-turut di wilayah Mongolia, utara China baru-baru ini.
Tingkah laku pelik tersebut, yang dirakam CCTV menunjukkan kumpulan haiwan itu terus berarak mengikut arah jam dalam bulatan yang hampir sempurna di sebuah ladang.
Pemilik ladang tersebut biri-biri itu, yang dikenali sebagai Miao, mendakwa ia bermula dengan beberapa ekor kambing biri-biri sebelum seluruh kawanan haiwan itu menyertainya.
Menurut Miao lagi walaupun terdapat 34 kandang biri-biri di ladangnya, hanya biri-biri di kandang nombor 13 yang bertingkah laku seperti ini.
Mereka bergerak dalam bulatan sejak 4 November dan melakukan selama 12 hari.
Video aneh itu dikongsi oleh People’s Daily China, yang melaporkan biri-biri itu dalam keadaan sihat.
Ada yang membuat spekulasi tingkah laku kambing biri-biri itu mungkin disebabkan oleh penyakit bakteria Listeriosis, juga dikenali sebagai “penyakit mengelilingi”.
Ketika dijangkiti, biri-biri akan menunjukkan perubahan tingkah laku keliru.
Sementera, seorang sarjana mendakwa dapat memecahkan misteri di sebalik rakaman kawanan biri-biri yang berjalan melingkar bulatan selama 12 hari berturut-turut itu.
Memetik NDTV, Pengarah di Jabatan Pertanian di Universiti Hartpury, Gloucester, Britain, profesor Matt Bell mengatakan kepada Newsweek bahawa biri-biri tersebut mengarah pada perilaku stereotaip.
“Putaran berulang dilakukan kerana biri-biri tersebut dalam keadaan “frustrasi” berada di kandang dan pergerakan mereka terbatas,” kata Matt Bell.