Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak

0
2

KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa bahagian dan daerah di negeri ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam amaran cuaca berkata, ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Asajaya, Saratok, Kabong, Sarikei, Meradong, Sibu, Mukah, Bintulu, Tatau, Subis, Miri, Marudi dan Lawas.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka sehingga jam 5 petang, hari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.