Separuh Jalan bulatan Jalan Setia Raja ditutup lebih seminggu

0
2
Jabatan Kerja Raya Sarawak

KUCHING: Separuh jalan di bulatan Setia Raja dari pasar basah Stutong menuju ke Kompleks perumahan PDRM akan ditutup bermula 27 November hingga 4 Disember ini.

Penutupan sementara bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang bagi memudahkan kerja-kerja menebang dan memindah pokok landskap di sekitar kawasan terbabit.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, turut ditutup jalan Canna dari bulatan Setia Raja menuju ke pusat beli-belah Emart Tabuan.

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan.

“Pihak pejabat wilayah JKR Sarawak akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada waktu, tarikh atau kawasan terlibat,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihati untuk merancang perjalanan di kawasan-kawasan terlibat.