Rumah dua tingkat terbakar, warga emas melecur

0
8

KUCHING: Seorang lelaki warga emas mengalami melecur di bahagian dada dan tangan dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Siol Kandis, di sini hari ini.

Manakala seorang wanita berusia lingkungan 20-an tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporang berhubung kejadian kira-kira jam 9.12 pagi.

Sejurus itu katanya, enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Enam anggota bersama jentera termasuk dua anggota Rapid Intervention Motorcycle dari BBP Batu Lintang turut digerakkan ke lokasi.

“Komander operasi yang tiba melaporkan rumah dua tingkat jenis tidak kekal berkeluasan 40 kali 60 kaki persegi dianggarkan terbakar 100 peratus ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bahagian atas rumah dijadikan tempat kediaman manakala di bahagian bawah rumah dijadikan kedai runcit.

Katanya, setakat jam 9.44 pagi, kebakaran berjaya dikawal.