Pengawal hospital layan pesakit hantu

0
3

ARGENTINA: Sebuah video yang kini tular di media sosial menyebabkan netizen seram melihatnya.

Klip vdeo itu bermula dengan pintu ruang penerimaan hospital terbuka sendiri. Pengawal keselamatan mendengar bunyi itu dan bangun dari tempat duduknya.

Dia dilihat mengalihkan tali pembahagi ruang untuk membenarkan seseorang masuk dan mula bercakap dengan seseorang sambil mencatat maklumat yang diperlukan di atas kertas.

Namun, yang menimbulkan rasa pelik dan seram, tiada sesiapa kelihatan di sebelahnya. Pengawal keselamatan itu kemudian menunjuk ke arah pejabat doktor dan kemudiannya menyorong kerusi roda membawa pesakit tersebut ke bilik doktor.

Menurut penyiar video tersebut, insiden itu dirakam oleh CCTV hospital pada 3 pagi.

Rakaman menakjubkan ‘pesakit hantu’ itu tersebar luas di pelbagai platform media sosial dan mendapat jutaan tontonan.

Menurut Reddit, video itu menerima pelbagai komen dan ada yang mendakwa pengawal itu sengaja berjenaka untuk menakutkan orang ramai.

Akhbar Daily Star, melaporkan insiden itu berlaku di Finochietto Sanatorium, pusat jagaan swasta di Buenos Aires.

Selepas rakaman terbabit tular di media sosial, jurucakap pusat jagaan tersebut memberitahu media tempatan bahawa pintu itu rosak dan terbuka dengan sendiri beberapa kali selama 10 jam pada malam tersebut.

Guard welcomes invisible guest at 3am: Finochietto Sanatorium building, Argentina, 2022. from HighStrangeness