KUCHING: Sebanyak 3,024 kes Covid-19 direkodkan di negara ini semalam, termasuk 145 kes di Sarawak.
Menurut KKM, jumlah kes aktif ialah 26,903, turun 13.8 peratus berbanding 14 hari lalu.
Lapan lagi kes kematian Covid-19 direkodkan semalam.
Sejak virus maut itu dikesan pada mac 2020, 36,644 kes kematian direkodkan setakat ini.