Friday, December 2, 2022

Untung Telekom susut RM265 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 mencatatkan sedikit penurunan kepada RM265.19 juta daripada RM271.21 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Ini disebabkan pembayaran cukai yang lebih tinggi dan kerugian terjemahan pertukaran asing ke atas pinjaman, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Bagaimanapun, hasil meningkat 12.7 peratus kepada RM3.16 bilion berbanding RM2.80 bilion sebelumnya, hasil tertinggi yang dicatatkan dalam 10 suku yang epas.

“Pelaburan berterusan untuk pertumbuhan dan menambah baik pengalaman pelanggan sentiasa menjadi matlamat untuk TM.

“Kumpulan melaburkan perbelanjaan modal pada 19.1 peratus daripada hasil suku ini, berjumlah RM603.7 juta untuk memenuhi permintaan pelanggan melalui umpulan melaburkan perbelanjaan modal pada 19.1 peratus daripada hasil suku ini, berjumlah RM603.7 juta untuk memenuhi permintaan pelanggan melalui engembangan gentian, pemodenan rangkaian dan peningkatan teknologi,” kata TM.

Mengenai prospek, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TM Imri Mokhtar berkata momentum pertumbuhan kumpulan itu dijangka berterusan untuk baki 2022 aripada segmen perniagaan terasnya – Unifi, TM One dan TM Wholesale.

“Kami terus melabur dalam keupayaan teknologi kami, bidang pertumbuhan baharu konvergen mudah alih tetap (FMC) dan penyelesaian digital.

“Kami membina kapasiti dan bakat digital dalam TM sambil kekal fokus untuk berkembang bersama pelanggan kami, serta meneruskan disiplin kos kami,” katanya.

Imri berkata 2022 adalah tahun untuk membina daya tahan komersial TM bagi menghadapi cabaran yang dijangkakan pada 2023, iaitu pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kos rantaian bekalan yang tinggi dan perbelanjaan pelanggan yang lebih lemah.

“Dalam masa kami berkembang daripada syarikat telekomunikasi tertumpu kepada syarikat teknologi berpaksikan manusia (techco), kami terus menumpukan pada melaksanakan program transformasi kami yang telah membuahkan hasil yang ketara untuk pelanggan dan pihak berkepentingan kami,” katanya. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru