Thursday, December 8, 2022

Tun Taib terima kunjungan hormat perpisahan SAC Mohamad Hairuddin

Secara Rawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, SAC Mohamad Hairuddin Che Hamid di Demak Jaya di sini pada Jumaat.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Hairrudin berkata ia sebagai tanda hormat perpisahan beliau yang akan berpindah ke Selangor pada Disember ini.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Taib serta Kerajaan Sarawak di atas layanan dan kerjasama yang baik selama tiga tahun berkhidmat di negeri Sarawak.

“Tujuan kunjungan hormat ini dibuat adalah sebagai ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai tanda saya sebagai ketua cawangan khas akan bertukar ke Selangor selepas tiga tahun saya bertugas di sini.

“Sebagai tanda hormat dan terima kasih atas segala layanan dan jasa baik yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak kepada saya,” katanya ringkas ketika ditemui di hadapan kediaman Tun Abdul Taib pada Jumaat.

Beliau akan menyerahkan tugas secara rasmi pada 1 Disember ini dan akan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas itu.

Untuk rekod, sebelum ini Hairrudin telah berkhidmat di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru