Wednesday, December 7, 2022

Sarawak turut cuti umum pada 28 November.

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengisytiharkan Isnin, 28 November 2022 sebagai hari cuti umum.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan berkata, ia selaras  dengan pengumuman sama Perdana Menteri yang baharu dilantik pada malam tadi.

“Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengisytiharkan satu hari cuti umum pada 28 November 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, mengumumkan Isnin (28 November 2022) sebagai cuti kelepasan am.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru