Friday, December 2, 2022

Nilai ringgit tinggi sedikit

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS, menjelang pengeluaran minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang dijangkakan lewat, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi semalam, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5730/5780 berbanding dolar AS daripada penutupan hari Selasa pada 4.5750/5835.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS tidak menunjukkan mana-mana arah pergerakan utama, sambil menambah mata wang tempatan dijangka diniagakan dalam julat sempit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru