Saturday, December 3, 2022

Kemelut politik negara berakhir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kemelut politik negara berakhir apabila Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, 75, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua rakyat Malaysia terus mendoakan masa depan yang gemilang untuk negara yang tercinta.

“Sejarah sedang tercipta di Istana Negara hari ini (semalam). Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

“Kita doakan masa depan lebih gemilang untuk rakyat semua,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam hantaran melalui laman Facebooknya.

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan GPS bersetuju dengan titah Baginda membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, semalam.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru