Thursday, December 8, 2022

Anwar beri jaminan tangani isu kos sara hidup

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan membantu kerajaan pimpinannya menangani kos sara hidup yang melanda negara ketika ini.

“Saya faham Isnin ini cuti awam, kalau mereka (pegawai agensi dan jabatan) agak keberatan saya boleh tangguhkan (pertemuan).

“Tetapi saya percaya, komitmen pegawai-pegawai ini mereka faham bahawa tugas utama kita adalah untuk ringankan beban dialami rakyat di peringkat bawah,” katanya.

Beliau turut menyatakan Kabinet yang akan dibentuknya nanti akan menaikkan kembali martabat Malaysia ke persada antarabangsa.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Pada sidang media sulungnya sebagai perdana menteri, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan yang dibentuk dengan penyertaan beberapa parti akan memastikan kestabilan negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru