Friday, December 2, 2022

AmInvest lancar dana pelaburan mampan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: AmInvest telah melancarkan dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) yang keenam, Dana Ekuiti Global Hasil Mampan (Sustainable Outcomes Global Equity Fund), bagi memenuhi minat pelabur yang semakin meningkat untuk tema berkaitan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ia berkata pelabur boleh mendapat pendedahan ke atas syarikat-syarikat berkualiti tinggi di seluruh dunia yang menyasarkan hasil mampan yang positif serta meraih potensi pulangan kewangan.

“Dana itu bertujuan menyediakan pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur terutamanya dalam Ekuiti Global Hasil Mampan Columbia Threadneedle (Lux) (dana sasaran).

“Portfolio pelaburan dana sasaran akan menumpukan pada lapan tema mampan berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), yang merangkumi pelbagai hasil sosial dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mata wang asas dana ialah dolar AS.

Ia ditawarkan untuk langganan kepada pelabur sofistikated dalam dolar AS, ringgit (RM) dan dalam kelas lindung nilai ringgit pada harga tawaran permulaan masing-masing US$1 dan RM1 seunit, dalam tempoh tawaran awal sehingga 13 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata falsafah pelaburan dana sasaran itu menggunakan SDG Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu, rangka kerja yang bertujuan memangkinkan penyampaian keperluan pembangunan mampan utama di peringkat global.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru