Friday, December 2, 2022

“Saya mohon maaf jika menyinggung GPS dan Premier Sarawak”- Guan Eng

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut memohon maaf kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Permohonan maaf Guan Eng ini hadir selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook secara terbuka membuat perkara yang sama.

Dalam kenyataan ringkasnya, Guan Eng menjelaskan keperluan untuk mengorak permulaan baru demi memelihara kemajmukan dan perpaduan masyarakat.

“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak.

“Masa depan negara mendahului segala-galanya.

“Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru