Saturday, December 3, 2022

Pengiraan stok buku lebih pantas

Secara Rawak

KUCHING: Produk inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Sistem IQEEP (Stock Taking Check) diterima pakai oleh Kolej Komuniti Kuching.

Majlis penyerahan berlangsung di PKS disempurnakan oleh Pengarah PKS Hikmatullah Hajid Ahmad Khan dan turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuching Suharyati Sulaiman.

Objektif penyerahan sistem ini untuk berkongsi ilmu dan kepakaran serta membantu sesebuah perpustakaan terutama perpustakaan kecil dalam mengurus pengiraan jumlah stok.

Sebelum ini, Sistem IQEEP telah diserahkan kepada Perpustakaan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching Sarawak, Perpustakaan Desa RPR Taman Palma Indah dan Perpustakaan Desa Hajah Sena Bugo Kampung Sungai Bedil Besar.

IQEEP atau Innovation, Quick & Reliable, E icient Data Conditioning, Easy to use dan Portable Devices adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Unit Perpustakaan PKS bagi tujuan pengiraan jumlah stok/koleksi dan pengesanan stok/koleksi di Perpustakaan Sri Kenyalang PKS.

IQEEP membantu mengira jumlah koleksi secara pantas dan mengesan status sesebuah buku sama ada sedang dipinjam atau tidak dapat dikesan dan telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2021.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Kuching Sarawak Samsudin Mohd. Saleh dan Ketua Unit Perpustakaan PKS Kiprawi Sani.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru