Friday, December 2, 2022

Kelulusan RUU anti lompat parti: Penanda aras ahli politik

Secara Rawak

KUCHING: Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menyambut baik keputusan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang wakil rakyat yang dipilih, melompat parti.

Presidennya Datuk Richard Wee Liang Chat berkata, kelulusan itu menjadi penanda aras kepada ahli politik yang berdisiplin dan berprinsip serta tidak mementingkan kepentingan peribadi mereka.

“Saya berpendapat kelulusan RUU ini tepat pada masanya bagi menghalang mana-mana ahli politik yang tidak berprinsip dan tidak berdisiplin melompat dari satu parti ke parti lain untuk kepentingan peribadi mereka.

“Ia akan memberi kesan kepada semua ahli politik supaya mereka dihormati oleh rakyat ” katanya.

Bagaimanapun katanya, masih ada kelemahan dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki pada masa hadapan.

Menurutnya, beberapa kelemahan tersebut perlu dijelaskan untuk mengelakkan teka-teki dan ketidakpastian Saya berharap penggubal undang-undang akan melihat kelemahan tersebut dan membuat apa sahaja pindaan yang perlu untuk menjadikannya undangundang yang lebih lengkap dan merangkumi semua,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru