Saturday, December 3, 2022

GRS akur, kerajaan baharu perlu dibentuk segera

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menzahirkan pendirian parti berkenaan bahawa pembentukan kerajaan persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.

Oleh itu, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah merujuk kepada titah baginda untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GRS senada dengan GPS berkenaan Kerajaan Perpaduan, mesti inklusif libatkan Sabah dan Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru