Monday, November 28, 2022

Wakil BN, GPS dititah menghadap Agong pagi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selain 30 Ahli Parlimen BN pemenang PRU-15 dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al- Mustafa Billah Shah hari ini, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut dititahkan menghadap.

Sumber memberitahu media dalam talian antara wakil GPS yang menghadap Agong pagi ini ialah Richard Riot (SUPP), Aaron Ago (PRS) serta Fadillah Yusof dan Alexander Nanta Linggi (PBB).

Pada PRU-15, GPS menang 23 kerusi Parlimen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru