Monday, November 28, 2022

Puad: Muhyiddin ‘angkuh’ tolak cadangan Agong bentuk kerajaan perpaduan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Puad Zarkashi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri  Muhyiddin Yassin yang disifatkannya sebagai “angkuh”.

Ini susulan tindakan beliau  menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Muhyiddin dalam sidang medianya  berkata, Agong ada mencadangkan PH dan PN bekerjasama bagi membentuk kerajaan, namun PN tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Puad turut menggambarkan Muhyiddin sebagai “jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong”.

“Muhyiddin dakwa sudah hantar 115 SD (akuan berkanun) Ahli Parlimen yang sokong dia jadi PM.

“(Beliau) seperti menyalahkan Istana yang kata SD itu tidak lengkap,” katanya.

Katanya lagi, Muhyiddin sepatutnya mendedahkan nama 115 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya itu.

“Mana tahu ada nama MP dari BN,” kata Puad.

“Layakkah jadi perdana menteri semula?” soal Puad.

Muhyiddin pernah menjadi Perdana Menteri  Malaysia kelapan dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Dalam pada itu, BN juga mengambil keputusan tidak menyokong PN dan ph sekali gus menyebabkan politik Malaysia menemui jalan buntu memasuki hari keempat selepas PRU-15 pada Sabtu lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru