Friday, December 2, 2022

Piala Dunia Fifa: Peminat bola sepak Jepun bantu bersihkan Stadium al-Bayt

Secara Rawak

DOHA: Selepas selesai perlawanan bola sepak pertama Piala Dunia atara Qatar menentang Ecuador baru-baru ini, Stadium al-Bayt dipenuhi sampah yang rata-ratanya terdiri daripada bekas makanan dan minuman, plastik dan pelbagai barangan, yang ditinggalkan penonton.

Penyokong Jepun bagaimanapun memutuskan menunggu di tempat duduk masing-masing selepas perlawanan itu dan membantu membersihkan stadium berkenaan.

Video yang menunjukkan aksi mereka itu tular di media sosial disertakan ribuan komen positif netizen yang menghargainya.

Video itu dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Bahrain, iaitu OmarA al-Farooq di Instagram dan di platform lain.

Ia menunjukkan penyokong Jepun yang membawa beg sampah besar, membersihkan tempat duduk selepas orang ramai meninggalkan stadium.

Mereka mengutip botol dan barangan lain memastikan tempat itu kemas dan bersih semula.

Al-Farooq bertanya kepada mereka: “Mengapa kamu melakukan ini?”

Salah seorang daripada mereka menjawab: “Kami rakyat Jepun, kami tidak tinggalkan sampah begitu saja dan kami menghormati tempat itu.”

Mereka turut mengutip bendera yang dibuangkan di stadium oleh penonton, sambil menambah bahawa “Ini juga perlu dihormati”, merujuk kepada bendera tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru