Thursday, December 8, 2022

Pelabur asing jual RM272 juta ekuiti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan kembali pengaliran keluar bersih oleh dana asing berjumlah RM272 juta pada minggu lalu dalam minggu dagangan pendek menjelang PRU-15.

Menurut MIDF Research, penjualan asing itu bermula pada Selasa minggu lalu, yang mencatatkan pengaliran keluar bersih tertinggi sebanyak RM185.5 juta.

Dalam nota penyelidikannya, trend pengaliran keluar itu berterusan dengan sebanyak RM79.9 juta dicatatkan pada Rabu dan RM62.2 juta pada Khamis.

Namun begitu institusi tempatan menjadi pembeli bersih pada minggu lalu dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM152.5 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru