Thursday, December 8, 2022

Parlimen Bandar Terus bekerja

Secara Rawak

KUCHING: Lebih 100 unit kerusi Aero Link disumbangkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Bandar Kuching kepada Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ia bagi menggantikan kerusi lama sekali gus memberi keselesaan kepada pesakit di hospital berkenaan.

Penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dalam satu hantaran di Facebooknya berkata pihaknya akan terus berkhidmat kepada penduduk Bandar Kuching.

“Ketika saya sedang menguruskan komitmen di Kuala Lumpur, pasukan saya di lapangan terus berkhidmat di Bandar Kuching.

“Pejabat saya telah menyumbang lebih 100 kerusi kepada Hospital Umum Sarawak bagi menggantikan kerusi lama untuk keselesaan pesakit di hospital.

“Kita akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada Bandar Kuching,” tulisnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru