Monday, November 28, 2022

Muhyiddin: PN tidak akan bekerjasama dengan PH, yakin cukup 115 kerusi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PN tetap tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH.

“Tuanku mencadangkan supaya kita bekerjasama dengan PH, untuk bentuk unity government, tapi kami telah berbincang sejak awal, kami tidak akan bekerjasama dengan PH,” pertegas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada sidang media di Bukit Damansara malam tadi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa PN telah menghantar 115 Surat Akuan Bersumpah Ahli Parlimen secara dalam talian untuk membentuk kerajaan baharu kepada Istana Negara.

Menurut Muhyiddin, pihaknya juga menerima dokumen pengesahan penerimaan daripada Setiausaha Sulit al-Sultan Abdullah, Kol Datuk Nazim Mohd Alim.

Pada petang Selasa, Muhyiddin bersama-sama Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Agong di Istana Negara hampir sejam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru