Monday, November 28, 2022

Lima wakil parti komponen GPS dititah menghadap Agong hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Lima Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dititah Yang Di-Pertuan Agong untuk menghadap baginda hari ini.

Menurut sumber mereka adalah Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem, Datuk Aaron Ago Dagang dan Datuk Seri Tiong King Sing.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pukul berapa kesemua Ahli Parlimen GPS akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah.

“Mereka sudah berangkat ke Kuala Lumpur pagi tadi.

“Ahli Parlimen tersebut mewakili setiap parti komponen GPS.

“Cuma saya tidak tahu pukul berapa mereka akan menghadap Agong,” kata sumber dalaman GPS ketika dihubungi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru