Friday, December 2, 2022

Hutang dijangka meningkat sementara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: S&P Global Rating menjangkakan Nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) di negara ini meningkat kepada 2.5 peratus hingga 3.0 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding 1.8 peratus setakat akhir Jun 2022.

Penganalisis Kredit Utamanya, Nikita Anand, berkata pinjaman kepada isi rumah berpendapatan rendah dan perusahaan kecil sederhana (PKS) yang bergelut untuk pulih daripada pandemik.

Ia mampu memberi risiko dan inflasi serta kadar faedah lebih tinggi yang menambahkan lagi tekanan.

Bagaimanapun katanya, peruntukan tinggi bank harus mengehadkan keperluan peruntukan tambahan walaupun NPL meningkat.

“Kos kredit berkurangan kepada 30 hingga 40 mata asas tetapi kekal lebih tinggi daripada paras prapandemik kerana bank mungkin kekal berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan global,” katanya dalam laporan Tinjauan Bank Global Mengikut Negara 2023 oleh S&P Global Ratings.

Beliau berkata, pendapatan bank dijangka bertambah baik dengan menghampiri paras prapandemik bermula 2023.

Sementara itu katanya, marjin yang lebih tinggi, kos kredit sederhana dan kadar cukai yang dinormalkan mendorong kepada peningkatan.

“Berdasarkan kes asas kami, kami jangka pulangan bagi purata aset sebanyak 1.3 peratus hingga 1.4 peratus berbanding dengan anggaran 1.1 peratus hingga 1.2 peratus untuk 2022,” katanya.

Menurutnya, inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi mampu melembapkan permintaan kredit dan meningkatkan risiko lalai bagi sesetengah pengguna dan PKS berpendapatan rendah.

“Kami melihat risiko ini sebagai terurus dan walaupun ia bukan kes asas kami, peningkatan mendadak dalam pengangguran juga mampu meningkatkan risiko kualiti aset untuk sektor perbankan,” katanya.

Dari segi pelancaran bank digital, Anand berkata, beberapa bank digital baharu dijangka melancarkan operasi mereka pada 2023.

Jelasnya, walaupun pihaknya percaya bank besar mengekalkan bahagian pasaran mereka, ia menjadi menarik untuk melihat perniagaan mereka model berkembang sebagai tindak balas kepada persaingan digital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru