Monday, November 28, 2022

Hentikan Kemelut Politik Dan Fokus Bentuk Kerajaan

Secara Rawak

SARIKEI: Rakyat mahu pemimpin hentikan kemelut politik dan segerakan pembentukkan kerajaan.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan harga barang telah jelas memberikan bebanan kepada mereka.

Mereka turut berharap pihak pemimpin dapat mencapai kata sepakat untuk memilih barisan kepimpinan yang mampu membawa kepada kestabilan negara.

Ia termasuk memperkenalkan muka baharu atau gandingan yang lebih baik untuk memimpin kerajaan.

“Saya harap pihak kerajaan dapat memilih secepatnya barisan kepimpinan termasuklah siapa Perdana Menteri dan Timbalannya supaya dapat memberi fokus untuk membantu rakyat”, kata Gabriel Wong.

“Saya mahu agar dapat dipercepatkan untuk pembentukan kerajaan persekutuan agar dapat menyelesaikan kenaikan harga barang yang tinggi kepada peniaga”, ujar Hassan Sani.

“Saya rasa berilah peluang kepada barisan pimpinan yang baharu sekiranya berlaku perubahan pun rasanya di sini (Sarawak) tidak akan menjadi masalah.

“Sebab (BN) Barisan Nasional sudah 60 Tahun memerintah jadi pemimpin baharu seperti Annuar (Annuar Ibrahim) pun boleh dicuba untuk lima tahun dari sekarang”, jelas Ting Leh Peng.

“Percepatkan pembentukan kerajaan agar beban rakyat dapat dipantau sebab ramai rakyat yang hidup susah ibarat kerja satu hari pun makan satu hari sampai perlu meminjam duit kepada majikan”, tambah Loo Loeh Hock.

“Kalau dapat gabungan yang dipilih untuk membentuk kerajaan adalah gabungan yang stabil.

“Sebab kalau politik mereka tidak stabil akan menyusahkan rakyat seperti kerap bertukar perdana menteri sehingga segalah perancangan pembangunan tidak dapat dilaksanakan”, kata Yung Soon Yong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru