Saturday, December 3, 2022

Fon telinga melekat dalam telinga lima tahun tanpa disedari

Secara Rawak

WEYMOUTH: Seorang lelaki dari Weymouth, Dorset yang bimbang bakal kehilangan deria pendengarannya dikejutkan dengan penemuan sebiji fon telinga di dalam telinganya.

Wallace Lee memberitahu dia mengalami kehilangan pendengaran sejak beberapa tahun lalu, dan akhirnya membeli kit endoskopi rumah untuk mencari penyebabnya.

Hasil penggunan endoskopi itu, dia melihat ada objek putih kecil di dalam telinganya.

Rupa-rupanya fon telinga itu tersangkut di dalam telinganya sejak lima tahun lalu.

Lima tahun lalu ketika melawat keluarga saya di Australia, saya membeli fon telinga kecil ini, kata Lee kepada BBC.

“Nampaknya salah satu daripadanya tersangkut di dalam telinga.”

Lee ke klinik ENT yang kemudiannya berjaya mengeluarkan fon tersebut tanpa sebarang masalah.

“Sebaik saja ia di keluarkan, serta-merta saya dapat mendengar dengan jelas segala-galanya di dalam bilik dan saya dapat dengar dengan baik sehingga sekarang,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru