Monday, November 28, 2022

BN mahu jadi pembangkang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pemakluman mengenai perkara terbabit telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” katanya lagi.

Dewan Tertinggi BN telah mengambil keputusan untuk tidak menyokong PH atau PN dan mahu memainkan peranan sebagai pembangkang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru