Thursday, December 8, 2022

Banjir di Marudi pulih

Secara Rawak

MIRI: Situasi banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di Marudi kini kembali pulih, apabila penduduk mulai membersihkan rumah masing-masing, semalam.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, paras air sungai sudah surut hingga empat atau lima inci.

“Pemantauan dan rondaan di sepanjang kawasan berisiko banjir pada waktu pagi ini mendapati paras air sungai sudah surut hingga empat atau lima inci dan keadaan terkawal,” katanya.

Rondaan dari jam 10 hingga 11 pagi semalam dijalankan di Pekan Marudi, Feri Ridan, Kampung Dagang, Kampung Baru dan Kampung Narum.

Semasa rondaan itu, beberapa kawasan rumah rendah masih ada air, tetapi jalan utama menuju ke Jalan Feri Ridan dalam keadaan baik.

“Penduduk kampung seperti biasa iaitu mencuci atau membersihan rumah selepas banjir. Mereka juga diingatkan sentiasa prihatin dengan keadaan semasa paras air dan cuaca,” tegasnya.

Tambah Ahmad Nizam, sekiranya terdapat sebarang kecemasan, penduduk boleh menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi di talian 085- 755189.

“Sepanjang pemantauan dijalankan, pihak bomba juga tidak menerima panggilan kecemasan dan ini menunjukkan situasi banjir di Marudi terkawal dan pulih,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru